Wednesday 30 April 2014

Tuntutan Berjemaah

Sekadar perkongsian nota yang saya sempat catat di samping peringatan untuk saya juga.. Semoga memberi manfaat buat semua.

Satu slot yang menarik bagi saya. Kerana dalam slot ini saya dapat review balik apa yang saya belajar dalam usrah. Juga mendapat ilmu-ilmu baru.

Apa maksud jemaah ?

Kata Ustaz Eikhwan, jemaah bermaksud SATU KUMPULAN, yang mempunyai SATU MATLAMAT YANG SAMA, dipimpin oleh SEORANG AMIR (KETUA).

Pada tahun 1924, khilafah islamiyyah. Namun, pada tahun 1928, walaupun setelah empat tahun kejatuhan khilafah islamiyyah, bendera kerajaan Turki Uthmaniyyah masih berkibar di Kuala Berang, Terengganu. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh kerajaan islam pada ketika itu.

Setelah itu, bermulalah ghazwatul fikri (serangan pemikiran) keatas umat islam. Inilah sebenarnya suatu bahaya besar yang menimpa umat islam kini. Antara serangan pemikiran yang ditimpa umat islam adalah memisahkan agama dengan urusan-urusan kehidupan seharian. Urusan-urusan agama hanya tertumpu kepada masjid.

Fathi Yakan, menjelaskan apa itu bekerja untuk islam. Ia akan WAJIB dilaksanakan sehingga diri, keluarga dan masyarakat beramal dengan islam iaitu SEMUA perintah Allah dan Rasulullah dapat dilaksanakan.

Kenapa kita perlu kepada politik? 
Kerana ada sesetengah perintah ALLAH yang tidak dapat kita laksanakan tanpa kekuasaan. Contohnya, hudud. Tanpa penguasaan politik, kita takkan dapat menjalankan hukum hudud di Malaysia. 


Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran ; 104)


Ustaz juga ada sebut tentang ciri-ciri jemaah islam. Antaranya:
1. Jemaah tersebut mestilah cinta kepada ALLAH.
2. Tegas terhadap bukan islam. Ia bermaksud, kita mesti meyakinkan kepada mereka dengan memberi penerangan tentang islam sehingga mereka benar-benar faham dan yakin dengan islam. 
3. Merendah diri antara sesama mukmin.
4. Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasulullah dan pemimpin mereka.
5. Menjalankan kewajipan fardhu seperti solat dan puasa.


Sekian dulu yang sempat yang catat dalam slot tersebut. Semoga ia bermanfaat untuk islam~




Nadia Thaherah Ezlan
29 Jamadil Akhir 1435