Wednesday 30 April 2014

Tuntutan Berjemaah

Sekadar perkongsian nota yang saya sempat catat di samping peringatan untuk saya juga.. Semoga memberi manfaat buat semua.

Satu slot yang menarik bagi saya. Kerana dalam slot ini saya dapat review balik apa yang saya belajar dalam usrah. Juga mendapat ilmu-ilmu baru.

Apa maksud jemaah ?

Kata Ustaz Eikhwan, jemaah bermaksud SATU KUMPULAN, yang mempunyai SATU MATLAMAT YANG SAMA, dipimpin oleh SEORANG AMIR (KETUA).

Pada tahun 1924, khilafah islamiyyah. Namun, pada tahun 1928, walaupun setelah empat tahun kejatuhan khilafah islamiyyah, bendera kerajaan Turki Uthmaniyyah masih berkibar di Kuala Berang, Terengganu. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh kerajaan islam pada ketika itu.

Setelah itu, bermulalah ghazwatul fikri (serangan pemikiran) keatas umat islam. Inilah sebenarnya suatu bahaya besar yang menimpa umat islam kini. Antara serangan pemikiran yang ditimpa umat islam adalah memisahkan agama dengan urusan-urusan kehidupan seharian. Urusan-urusan agama hanya tertumpu kepada masjid.

Fathi Yakan, menjelaskan apa itu bekerja untuk islam. Ia akan WAJIB dilaksanakan sehingga diri, keluarga dan masyarakat beramal dengan islam iaitu SEMUA perintah Allah dan Rasulullah dapat dilaksanakan.

Kenapa kita perlu kepada politik? 
Kerana ada sesetengah perintah ALLAH yang tidak dapat kita laksanakan tanpa kekuasaan. Contohnya, hudud. Tanpa penguasaan politik, kita takkan dapat menjalankan hukum hudud di Malaysia. 


Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran ; 104)


Ustaz juga ada sebut tentang ciri-ciri jemaah islam. Antaranya:
1. Jemaah tersebut mestilah cinta kepada ALLAH.
2. Tegas terhadap bukan islam. Ia bermaksud, kita mesti meyakinkan kepada mereka dengan memberi penerangan tentang islam sehingga mereka benar-benar faham dan yakin dengan islam. 
3. Merendah diri antara sesama mukmin.
4. Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasulullah dan pemimpin mereka.
5. Menjalankan kewajipan fardhu seperti solat dan puasa.


Sekian dulu yang sempat yang catat dalam slot tersebut. Semoga ia bermanfaat untuk islam~




Nadia Thaherah Ezlan
29 Jamadil Akhir 1435







Monday 6 January 2014

Suatu saat aku terjatuh...




Saya sering dikelilingi orang yang baik-baik. Kadang-kadang rasa macam tak layak je. Duduk dengan mereka membuatkan diri saya rasa kecil sangat di hadapan ALLAH. Nak dibandingkan saya dengan mereka, jauh panggang dari api. Bermula dengan arwah mama, nenek, arwah atuk,mak cik dan sahabat-sahabat.

Ada seorang sahabat yang tanya saya, kenapa saya selalu nampak happy je. Macam takde masalah. Saya hanya mampu tersenyum. Saya cakap dengan dia, "ALLAH je yang tahu apa aku rasa." Selepas mama, atuk dan sahabat yang rapat dengan saya pergi menghadap ilahi, memang saya akui saya lebih suka bersendiri. Tapi semua nya bersebab. Terutama bila makan. Memang saya selalu makan seorang. Sebab saya suka tengok orang sekeliling saya. Saya suka tengok orang yang makan dengan keluarga. Saya suka tengok orang yang makan dengan kawan-kawan. Saya suka tengok orang yang gembira dan bergelak ketawa. Sebab semua tu saya pernah rasa suatu ketika dulu. Namun, tidak dapat dimiliki semua itu kini. 

Selepas atuk saya meninggal, sungguh saya katakan memang semangat sangat runtuh. Bukan sedikit tapi banyak. Teramat banyak. Sampai suatu saat, makcik saya cakap, "tolong lah kuat. Ingat, sampai bila nak macam ni. Diorang tak kan kembali pun kalau awak terus terusan macam ni. Diorang tengok awak dari jauh. Awak memang tak nampak diorang tapi diorang nampak awak. " 

Saya tahu keadaan saya teruk sangat waktu tu. Kebetulan atuk meninggal sebulan sebelum saya final exam. Waktu tu saya dah down sangat. Saya memang tak pergi kelas sampai study week. Lecturer cari. Mujur kawan-kawan faham. Mereka tolong explain pada lecturer dan lecturer pun faham. Lecturer selalu hantar sms bagi kata-kata semangat. ALLAH.. Ada suatu masa tu saya memang tak larat sangat-sangat. Makan pun menangis, tidur pun dengan air mata. Pastu saya pergi jumpa doktor, doktor pula kasi ubat tidur. Dia kata saya depressed sangat. Kena berehat. Saya pun makan la ubat tu. Ubat tu sepatutnya makan sebiji je. Pastu saya p makan 2biji. Pengsan la lepas tu. Lama juga. Lepas dah bangun tu, bingung-bingung je kepala. Pastu bisikan syaitan membuak-buak suruh bunuh diri. ALLAH... waktu tu 80 percent dari otak saya fikir nak bunuh diri. 

Lepas tu terlintas suatu bisikan, "kalau kau bunuh diri, kompem masuk neraka. Nanti kompem tak dapat jumpa dah orang yang kau sayang. nanti kesian adik-adik kau. kau tak sayang ke adik-adik kau?" Lepas tu saya tersedar. Cepat-cepat saya mengucap dan terus berwuduk lalu solat. Lepas solat, doa dengan ALLAH supaya ALLAH bagi petunjuk. 

Keesokannya, saya pergi jumpa kaunselor. Kaunselor tu cakap, kenapa terfikir nak bunuh diri. Tak sayang ke dekat keluarga . Saya cakap saya dah tak de tujuan hidup. Saya tak tahu kenapa saya perlu hidup. Kalau saya berjaya pun, bukan saya boleh hadiahkan kejayaan tu untuk mama saya. Mama saya dah takde. Lepas tu kaunselor tu cakap, "betul ke tak boleh hadiahkan? mama awak tengok awak dari jauh tau. Kalau awak berjaya mesti dia suka. Belajar elok-elok untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain."


Lepas tu, suatu hari, saya pergi dengar kuliah. Ustaz tu cakap, "Rasulullah diuji sangat teruk. ALLAH ambil ayah baginda sebelum baginda sempat lahir. Umur 5 tahun, ALLAH ambil pula ibu baginda. Dah besar sikit, ALLAH ambil pula datuk baginda. Bila dah kahwin, ALLAH ambil pula isteri dan bapa saudara baginda. Sebab apa? Sebab ALLAH nak baginda terus menerus bergantung kepada Dia. Tak bergantung pada manusia.Walaupun diuji macam tu Rasulullah tetap teruskan dakwah. Sebab nak islam tu sampai pada kita." Allah.. Masa tu menitis airmata. Dalam hati kata,"aku ni ALLAH ambil kawan, mama dan atuk. Rasulullah tu ALLAH ambil habis semua orang terdekat. Aku ni ada lagi ayah, nenek dan makcik yang sentiasa support aku. Lepas tu saya cuba untuk kuat. Memang jatuh tersungkur banyak kali tapi saya cuba dan terus cuba untuk bangun. Tolong doa untuk saya ye. Saya kuat sebab ALLAH yang bagi kekuatan. Saya perlu doa dari semua orang untuk terus kuat.

Bila kita berdoa untuk kuat, ALLAH hadirkan ujian sebab ujian itulah sebenarnya yang menjadikan kita seorang yang kuat. Bila kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana ALLAH. 

Apa yang saya tulis sebenarnya untuk diri saya. Untuk motivasi diri sendiri. Sebab ilham yang baik tu datang dari ALLAH. Yang baik, ambillah sebagai iktibar, yang buruk mohon ditegur kerana ia kelemahan diri saya.

Nadia Thaherah Ezlan
4 Rabiul Awwal 1435

Saturday 4 January 2014

Dalam mimpi tu, mama cantik sangat.. Saya terfikir-fikir kenapa.





Entry lepas saya ada bercerita tentang saya jumpa mama. Mama cantik sangat dalam mimpi tu. Saya memang terfikir-fikir kenapa. Waktu tu baru saya perasan, sepanjang hidup mama, mama memang tak bertabarruj. Sepanjang hidup mama, mama sangat bersederhana. Moga ALLAH rahmati mama. Seingat saya tak lebih dari 5 kali dalam hidup saya, saya tengok mama keluar pakai seluar. Mama memang keluar rumah akan pakai baju kurung dan tudung labuh je. Sama dengan nenek saya. Semoga ALLAH berkati mama. Dan, mama memang tak pernah paksa abah belikan baju baru untuk dia. ALLAH.. moga mama tenang di sana. Dalam setahun, baju baru yang mama beli paling banyak pun 3 pasang je seingat saya. Mama sangat bersederhana. Mungkin sebab tu ALLAH bagi mama pakai pakaian yang cantik macam tu dekat sana.

Mama, waktu keluar rumah, mama memang tak suka pakai baju yang shining-shining. Seingat saya, mama ada satu baju yang color kuning. Dan kuning tu memang shining sangat. Mama pakai sekali je baju tu, pastu terus mama tak pakai. Sebab mama kata color tu menarik perhatian orang. Moga ALLAH sayangi mama. Mama jugak tak pernah pakai make up. Kalau pakai bedak dan lipstik tu ada la sikit. Tapi sikit sangat mama pakai. Kadang tu memang tak pakai pun. Mama tak pernah paksa abah beli make up untuk dia. Saya memang tak pernah tengok mama pakai pemerah pipi, eye liner, eye shadow, maskara dan sebagainya. Moga saya dapat contohi mama.

Mama rajin baca quran. Selalu pagi-pagi mama akan bangun awal. Solat dan siapkan pakaian untuk kami ke sekolah. Mama sediakan sarapan sebelum pergi sekolah. Pastu lepas kami pergi sekolah, mama pergi PASTI. Mama mengajar PASTI sejak sebelum mama kahwin dengan abah sampailah hari mama sakit. Lepas balik mengajar, mama sediakan makanan untuk kami. Bila balik sekolah, kami kena paksa minum dan makan. hehe. Memandangkan saya dan adik perempuan saya memang susah betul nak makan. Kena paksa baru makan. Sambil tunggu kami balik sekolah, mama baca quran. Lepas kami balik, kami makan dan lepas makan, mintak izin ngan mama nak tengok tv. Mama kasi tengok tv kejap. Dalam sejam je. Pastu kena buat kerja sekolah. 

Lepas maghrib setiap hari mama akan mengajar mengaji. Mama ajar jugak anak jiran mengaji. Mungkin sebab mama ngajar ngaji dan ngaja anak-anak PASTI mengenal ALLAH, Rasulullah dan mengenal islam inilah, mama cantik sangat kat sana. Kalau kami malas nak ngaji, mama paksa jugak suruh mengaji. Rupa-rupanya memang ada hikmah. Sebab lepas ngaji kena ulangkaji. Jadi hati ni tenang je. Senang je nak masuk dalam kepala. Baca sekali boleh ingat. Lepas ulangkaji terus kena tidur. Tak leh tengok tv. Kalau hari minggu je boleh tengok tv lama sikit dari biasa.

Sebelum tidur, selalunya mama akan cerita-cerita kisah Rasulullah dan rasul-rasul yang lain kepada kami. Kisah nabi Nuh, nabi Musa, nabi Isa, Nabi Ibrahim. Mama cerita juga kisah-kisah sahabat nabi pada kami.

Kalau hari minggu atau cuti sekolah. Kadang-kadang nak dengar juga radio, mama kasi. Tapi bersyarat. Kena dengar ikim.fm je. hehe :) Mama tak suka anak dia dengar lagu selain nasyid dan zikir. Sekarang anak dia nakal sikit. Adusss.. Tapi memang patut mama tak bagi dengar. Kalau hati kita jaga, tak dengar lagu mengarut-ngarut. Sebenarnya hati kita memang tenang. 

Mama garang. Bukan garang tapi tegas. Kalau masuk waktu solat, mama suruh pergi solat. Kalau jawab "kejap laa.. kejap." Mama datang bawak rotan. Kalau pakai baju singkat ke tudung singkat ke, mama tak kasi. Mama marah. Mama kata, "kalau anak dia sayang dia, anak dia takkan buat benda yang ALLAH larang. Anak dia takkan buat sesuatu yang boleh menyebabkan dia kena bakar dalam api neraka." Moga mama dalam jagaan ALLAH. 

Dan mungkin sebab mama memang sentiasa hidup sederhana. Sepanjang hidup saya dengan mama, kami tak pernah pergi bercuti luar negara ke. Kalau dalam negara pun setakat pergi rumah sedara mara je. Mama tak pernah minta macam-macam dengan abah. 

Moga mama tenang di sana. Rindu sangat mama. Rindu banyak-banyak.. Moga ALLAH pertemukan kami kembali di firdausi ~

Monday 23 December 2013

Insan yang ku sayang selepas Allah dan Rasulullah.

Semua orang mesti ada orang yang dia sayang. Ya, semestinya kita akan sayang mama dan abah selepas ALLAH dan Rasulullah :) Macam tu juga saya. Tapi, selain dari mereka berdua, orang yang saya amat kagumi dan paling dekat dengan saya ialah nenek saya. Orang yang paling banyak bagi semangat untuk saya. Saya sayang sangat nenek saya.

Selepas mama meninggal, nenek lah yang paling banyak bagi semangat untuk saya dalam segala hal. Nenek selalu pesan suruh doa untuk mama. Suruh solat awal-awal. Suruh banyak-banyak baca quran. Suruh rajin-rajin solat malam. Suka dapat tarbiyyah dari nenek. Yang paling saya kagum dengan nenek, dia tak suka mengumpat orang. Susah sangat-sangat. Suka terdidik dalam suasana yang macam ni.

Tapi bila kita bercampur dengan orang lain, kita akan jumpa macam-macam jenis orang. Dekat sinilah selalu bagi masalah kepada diri sendiri. Sebab tak biasa dengan suasana mengumpat. ALLAH...susah sangat nak cari suasana yang tak  de langsung suasana mengumpat. Susah nak lari dari tu. Kadang semua ni tak terkecuali dengan para pendakwah. Bagi saya yang hina ni, tak salah untuk kita discuss macam mana nak handle mad'u tu. Contoh, "macam mana eh, aku ada sorang classmate ni, dia ni suka sangat lewat-lewatkan solat." Okey, kalau macam tu mungkin boleh diterima sebab kita tak dikira mengumpat orang tu. Tapi kalau siap sebut nama tu, jadi mengumpat la. Nauzubillah. Moga dijauhkan dari menjadi manusia pengumpat.

Ya, sebab tu suka duduk-duduk dengan nenek. Rasa tenang je hati. Nenek seorang yang sangat tabah dan penyabar. Saya ingat waktu arwah atuk meninggal. Waktu jenazah atuk baru sampai dari hospital, saya peluk nenek saya. Nenek saya senyum. Nenek saya cakap,"jangan nangis. Wan tak tenang kat sana nanti. Kalau sayang kat wan, doa banyak-banyak untuk wan. Baca quran sedekah untuk wan." Allah... tabahnya hati nenek. Everyday nenek buktikan cinta dan sayang nenek pada atuk. Everyday nenek akan baca quran sedekah untuk atuk. Kalau ada orang minta sedekah, mesti nenek akan kasi. Nenek mesti akan sebut, " moga pahala ni sampai untuk atuk." ALLAH... mulia sungguh hati nenek.

Nenek tak pernah sakit hati dengan orang lain. Selalu memaafkan orang. Sama ngan atuk. Sampai orang curi kambing, curi lembu, tak bayar sewa rumah pun, masih boleh halalkan. Nenek susah sangat nak buruk sangka dengan orang. Nenek selalu pesan, "tak yah buruk sangka. Baik sangka je dengan semua orang. Baru hati kita tenang. Kalau dia buat tak baik, ALLAH ada. ALLAH tahu mana betul dan mana salah."

Susah nak laksanakan pesan nenek. Moga ALLAH bagi kekuatan untuk laksanakan semua pesan tersebut. Moga ALLAH panjangkan umur nenek. Sayang nenek sampai syurga...



Tuesday 10 December 2013

Kenangan yang takkan ku lupa... Terima kasih ALLAH!

Satu malam saya rindu sangat-sangat dekat arwah mama.
Jadi malam tu, saya berdoa pada ALLAH supaya ALLAH pertemukan mama dengan saya. Memandangkan mama pergi tanpa sempat saya jumpa buat kali terakhir.

Akhirnya, pada malam itu, iaitu hari khamis malam jumaat, ALLAH mengizinkan mama bertemu saya dalam mimpi. Dalam mimpi tu, mama cantik sangat.. Macam bidadari.. Saya cakap, "mama,tolong jangan tinggal saya dah. saya tak nak duduk sorang-sorang. Saya rinduuuuu mama sangat." mama jawab, "tak boleh. ALLAH bagi kita jumpa sekejap je.. mama kena pergi balik." saya peluk mama kuat-kuat..Mama cakap... "sabar.. duduk baik-baik kat sini. jaga diri. nanti kita jumpa kat 'firdaus'...

ya.. saya ingat tu.. saya ingat sampai bila-bila.. sampaikan rinduku ini padanya.. Moga mama tenang di sana.. al Fatihah.



Monday 9 December 2013

Letak gambar kat pesbuk. Pendapat saya......

Bismillah. Semoga kita semua berada di bawah perlindungan ALLAH. Facebook, dah macam-macam wabak sekarang. Ada yang guna facebook untuk mengumpat, ada yang guna untuk bisnes, ada juga yang guna untuk cari publisiti murahan. Gulppp... publisiti murahah? Apa tu??

Erm.. As for me, tak de salah pun awak nak letak gambar awak kat facebook. CUMA.... untuk perempuan, mungkin tak manis. Cewahh.. Kalau letak jarang-jarang tu mungkin boleh dipertimbangkan la. Kalau sebulan sekali je. Okey la kot. Tapi.... kalau everyday awak letak gambar awak kat pesbuk, erm.. naik meluat jugak sebenarnya. Bukan la apa. Bagi saya buat apa la nak bagitahu satu dunia segala benda tentang diri awak. Hari ni awak sarapan mc D, awak snap gambar sekeping. pappp.... awak post kat pesbuk. Petang kang awak p makan kat kedai mamak, awak snap lagi gambar sekeping. pappp... awak letak lagi kat pesbuk.. Alahai.. takkan semua benda awak nak cerita kat orang kot. Betul tu pesbuk awak, suka hati awak la nak letak apa pun. Okey. Fine... Nanti kalau tetiba ada orang curi gambar awak tu, bomoh-bomoh gambar awak tu, nasibla.. Jangan nak nyusahkan orang lain.

Bagi yang dah kahwin pun. Tahniah. Alhamdulillah dah kahwin. Tapi berhati-hati juga. Jangan terlampau kerap post gambar. Gambar-gambar yang agak privacy tu boleh la simpan baik-baik. Yang peluk-peluk ke cium-cium ke, tak perlu jadikan ia tatapan umum. Bukan apa, nanti budak-budak yang bawah umur tengok, dan cuba-cuba ikut "aksi pelik-pelik" tu, kang tak pasal-pasal dapat saham kat akhirat nanti. Hati-hati la. Orang lain pun kawen jugak. Orang lain pun mesra jugak dengan pasangan mereka. Cuma lebihnya orang lain, mereka boleh tahan perasaan menunjuk tu. Tu mungkin kelebihan ALLAH bagi pada mereka. Dan kadang-kadang, yang tak menunjuk ni sebenarnya lagi romantik. Tapi, senyap je la kan. Bukan nak kritik. Cuma nak nasihat. Orang sekarang ni macam-macam jenis ada. Pulaknya kalau pasangan kita tu ramai peminat. Kang kalau peminat dia tetiba pi bomoh jampi suruh korang cerai berai kang. Kang jadi masalah pulak tu. Satu lagi yang bahayanya, bila kita bergaduh atau bercerai-berai ngan pasangan kita, mula lah orang akan bertepuk tangan malah akan ada orang yang bagi bantuan lagi untuk cerai beraikan korang. Nauzubillah. Ni pendapat je. Yang baik ambik la. Yang tak baik tu buang jauh-jauh.


Buat yang rajin upload gambar jugak, hati-hati upload gambar tu. Mungkin gambar awak tu da tutup aurat elok-elok, tapi masalahnya orang sebelah awak tu pulak tak tutup aurat. Ha... masalah jugak tu. Kang tak pasal je kita duk tanggung dosa sebar gambar aurat orang lain. Hati-hati ye. Satu lagi yang selalu kita tak perasan ni. Gambar terselak lengan baju atau gambar sampai kaki. Kaki dan lengan perempuan tu pun aurat ye, kak. Hati-hati.. Kita tak tahu bila kita mati. Nanti kalau da mati, dosa tu tetap berjalan selagi mana orang melihat.

Untuk ayah-ayah, abang-abang dan adik-adik lelaki, beware.. Kang nanti kat akhirat nanti anda semua yang dipersoal. Kat dunia ni memang mereka melenting. Tegur sikit nak marah. Biarkan je. Yang penting amanah ayah-ayah, pakcik-pakcik dan abang-abang sekalian tu dijaga dengan baik. Kalau tidak, kerana dosa mereka, dengan anda-anda sekali kena seret masuk dalam api neraka. Nauzubillah.

Kita hidup tak lama. Bila-bila je boleh mati. Sekian dari saya. Mohon maaf jika ada keterlanjuran kata atau tersilap bicara. Assalamualaikum :)




Sunday 8 December 2013

Cinta, Salahkah?





Bismillah... Okey. Ni lagi satu tajuk yang agak sukar untuk dikupas. Tapi tulis jugak untuk muhasabah diri sendiri dan sahabat-sahabat. Kadang-kadang kita ni tok kaba ingat orang kelantan kata. hehe..  Entry ni tercipta mungkin sebab saya tengok benda ni da melampau-lampau terjadi di kalangan adik-adik dari peringkat sekolah rendah hinggalah tahap orang dewasa.

Memang tak dinafikan ada segelintir dari keluarga kita yang kononnya sporting, kasi anak-anak bercinta. (sporting ke?) Sampai tahap ada adik-adik yang mendabik dada kata, " tak pe la kak. Family saya restu saya bercinta dengan dia. Pelajaran saya pun excellent je. Walaupun saya bercinta, pelajaran saya tetap nombor satu... ". ALLAH... malang sungguh, adikku. Sungguh malang. Kita belajar la pandai mana sekalipun, tapi dalam dosa. Adakah itu berkat? Mungkin kita boleh kata macam tu sebab sekarang ni kita dapat kejayaan. Kita perlu tahu kejayaan tersebut bukan sebab rahmat ALLAH, tapi sebab ALLAH nak uji kita. 

Masih belum terlambat untuk kita berubah. Pedulikan apa orang kata. Yang penting ALLAH tahu apa yang ada dalam hati kita. Mungkin sekarang ni anda boleh kata, "tak pe la. Kami selalu jumpa. Tapi kami bukan buat apa-apa pun. Bual-bual je". Ye. Syaitan memang licik. Mula-mula dia akan cari jalan supaya kita nampak yang haram tu halal. Awal-awal semua bermula dengan "tak de apa-apa". Lepas tu, mula lah "ada apa-apa". Macam-macam yang terjadi lepas tu. Tahan la hatimu kerana ALLAH. Mungkin kita pernah terjebak dengan benda ni, tapi masih belum terlambat untuk kita pulang ke pangkal jalan. Mohon lah perlindungan dari ALLAH. Mohonlah keampunan dari ALLAH. 

Memang perempuan selalu kalah dalam soal hati. Mudah sangat nak cair. Janganlah macam tu. Kuatlah.. Jangan senang-senang kasi orang lain dapat hati kita. Susah nak jaga hati? Minta ALLAH jagakan :) Lagi susahkan tiba-tiba orang yang kita suka tu, suka balik kat kita? Kita ingat nak simpan dalam hati je perasaan tu. Tiba-tiba si dia pula luahkan perasaan suka kat kita. Senang je jawapannya.. "Istikharahlah. Kalau betul dia suka kamu, dan kamu suka dia, minta dia jumpa orang tua kamu. 

Saya ada sorang kakak senior waktu kat Maahad Muhammadi Perempuan dulu, saya suka cara dia jaga hati. ALLAH.. memang bagus lah. Dia memang tak layan la lelaki ni. Urusan pun memang sekadar urusan je. Dia selalu pesan, kalau kita solehah, ALLAH akan bagi yang soleh pada kita. Akhirnya, dia ditakdirkan dapat sorang ustaz yang sangat menjaga pergaulannya apatah lagi soal ibadah dan lain-lain. Sepanjang tempoh pertunangan dia pun, tak pernah sesekali dia contact dengan ustaz ni. Kalau ada urusan yang berkaitan dengan hari perkahwinan diorang pun, ada orang tengah yang tolong sampaikan. Alhamdulillah sampai sekarang bahagia. 

Berbeza dengan orang yang bercinta sebelum kahwin, sebab dah rasa macam-macam sebelum kahwin, dah hilang semua kemanisan yang sepatutnya mereka rasa waktu dah kahwin nanti. Lain sangat-sangat. Sebab ALLAH tu kan Adil. Tapi masih belum terlambat untuk kita berubah. Kalau kita sayang seseorang tu kerana ALLAH, kita takkan kacau hati dia, kita takkan jadi penyebab goyahnya iman dia, kita takkan bagi api neraka sentuh badan dia sebab perbuatan kita. Sebab, kita nak hidup dengan dia, bukan dekat dunia je. Tapi sampai syurga... Moga ALLAH redha.