Monday 23 December 2013

Insan yang ku sayang selepas Allah dan Rasulullah.

Semua orang mesti ada orang yang dia sayang. Ya, semestinya kita akan sayang mama dan abah selepas ALLAH dan Rasulullah :) Macam tu juga saya. Tapi, selain dari mereka berdua, orang yang saya amat kagumi dan paling dekat dengan saya ialah nenek saya. Orang yang paling banyak bagi semangat untuk saya. Saya sayang sangat nenek saya.

Selepas mama meninggal, nenek lah yang paling banyak bagi semangat untuk saya dalam segala hal. Nenek selalu pesan suruh doa untuk mama. Suruh solat awal-awal. Suruh banyak-banyak baca quran. Suruh rajin-rajin solat malam. Suka dapat tarbiyyah dari nenek. Yang paling saya kagum dengan nenek, dia tak suka mengumpat orang. Susah sangat-sangat. Suka terdidik dalam suasana yang macam ni.

Tapi bila kita bercampur dengan orang lain, kita akan jumpa macam-macam jenis orang. Dekat sinilah selalu bagi masalah kepada diri sendiri. Sebab tak biasa dengan suasana mengumpat. ALLAH...susah sangat nak cari suasana yang tak  de langsung suasana mengumpat. Susah nak lari dari tu. Kadang semua ni tak terkecuali dengan para pendakwah. Bagi saya yang hina ni, tak salah untuk kita discuss macam mana nak handle mad'u tu. Contoh, "macam mana eh, aku ada sorang classmate ni, dia ni suka sangat lewat-lewatkan solat." Okey, kalau macam tu mungkin boleh diterima sebab kita tak dikira mengumpat orang tu. Tapi kalau siap sebut nama tu, jadi mengumpat la. Nauzubillah. Moga dijauhkan dari menjadi manusia pengumpat.

Ya, sebab tu suka duduk-duduk dengan nenek. Rasa tenang je hati. Nenek seorang yang sangat tabah dan penyabar. Saya ingat waktu arwah atuk meninggal. Waktu jenazah atuk baru sampai dari hospital, saya peluk nenek saya. Nenek saya senyum. Nenek saya cakap,"jangan nangis. Wan tak tenang kat sana nanti. Kalau sayang kat wan, doa banyak-banyak untuk wan. Baca quran sedekah untuk wan." Allah... tabahnya hati nenek. Everyday nenek buktikan cinta dan sayang nenek pada atuk. Everyday nenek akan baca quran sedekah untuk atuk. Kalau ada orang minta sedekah, mesti nenek akan kasi. Nenek mesti akan sebut, " moga pahala ni sampai untuk atuk." ALLAH... mulia sungguh hati nenek.

Nenek tak pernah sakit hati dengan orang lain. Selalu memaafkan orang. Sama ngan atuk. Sampai orang curi kambing, curi lembu, tak bayar sewa rumah pun, masih boleh halalkan. Nenek susah sangat nak buruk sangka dengan orang. Nenek selalu pesan, "tak yah buruk sangka. Baik sangka je dengan semua orang. Baru hati kita tenang. Kalau dia buat tak baik, ALLAH ada. ALLAH tahu mana betul dan mana salah."

Susah nak laksanakan pesan nenek. Moga ALLAH bagi kekuatan untuk laksanakan semua pesan tersebut. Moga ALLAH panjangkan umur nenek. Sayang nenek sampai syurga...



Tuesday 10 December 2013

Kenangan yang takkan ku lupa... Terima kasih ALLAH!

Satu malam saya rindu sangat-sangat dekat arwah mama.
Jadi malam tu, saya berdoa pada ALLAH supaya ALLAH pertemukan mama dengan saya. Memandangkan mama pergi tanpa sempat saya jumpa buat kali terakhir.

Akhirnya, pada malam itu, iaitu hari khamis malam jumaat, ALLAH mengizinkan mama bertemu saya dalam mimpi. Dalam mimpi tu, mama cantik sangat.. Macam bidadari.. Saya cakap, "mama,tolong jangan tinggal saya dah. saya tak nak duduk sorang-sorang. Saya rinduuuuu mama sangat." mama jawab, "tak boleh. ALLAH bagi kita jumpa sekejap je.. mama kena pergi balik." saya peluk mama kuat-kuat..Mama cakap... "sabar.. duduk baik-baik kat sini. jaga diri. nanti kita jumpa kat 'firdaus'...

ya.. saya ingat tu.. saya ingat sampai bila-bila.. sampaikan rinduku ini padanya.. Moga mama tenang di sana.. al Fatihah.



Monday 9 December 2013

Letak gambar kat pesbuk. Pendapat saya......

Bismillah. Semoga kita semua berada di bawah perlindungan ALLAH. Facebook, dah macam-macam wabak sekarang. Ada yang guna facebook untuk mengumpat, ada yang guna untuk bisnes, ada juga yang guna untuk cari publisiti murahan. Gulppp... publisiti murahah? Apa tu??

Erm.. As for me, tak de salah pun awak nak letak gambar awak kat facebook. CUMA.... untuk perempuan, mungkin tak manis. Cewahh.. Kalau letak jarang-jarang tu mungkin boleh dipertimbangkan la. Kalau sebulan sekali je. Okey la kot. Tapi.... kalau everyday awak letak gambar awak kat pesbuk, erm.. naik meluat jugak sebenarnya. Bukan la apa. Bagi saya buat apa la nak bagitahu satu dunia segala benda tentang diri awak. Hari ni awak sarapan mc D, awak snap gambar sekeping. pappp.... awak post kat pesbuk. Petang kang awak p makan kat kedai mamak, awak snap lagi gambar sekeping. pappp... awak letak lagi kat pesbuk.. Alahai.. takkan semua benda awak nak cerita kat orang kot. Betul tu pesbuk awak, suka hati awak la nak letak apa pun. Okey. Fine... Nanti kalau tetiba ada orang curi gambar awak tu, bomoh-bomoh gambar awak tu, nasibla.. Jangan nak nyusahkan orang lain.

Bagi yang dah kahwin pun. Tahniah. Alhamdulillah dah kahwin. Tapi berhati-hati juga. Jangan terlampau kerap post gambar. Gambar-gambar yang agak privacy tu boleh la simpan baik-baik. Yang peluk-peluk ke cium-cium ke, tak perlu jadikan ia tatapan umum. Bukan apa, nanti budak-budak yang bawah umur tengok, dan cuba-cuba ikut "aksi pelik-pelik" tu, kang tak pasal-pasal dapat saham kat akhirat nanti. Hati-hati la. Orang lain pun kawen jugak. Orang lain pun mesra jugak dengan pasangan mereka. Cuma lebihnya orang lain, mereka boleh tahan perasaan menunjuk tu. Tu mungkin kelebihan ALLAH bagi pada mereka. Dan kadang-kadang, yang tak menunjuk ni sebenarnya lagi romantik. Tapi, senyap je la kan. Bukan nak kritik. Cuma nak nasihat. Orang sekarang ni macam-macam jenis ada. Pulaknya kalau pasangan kita tu ramai peminat. Kang kalau peminat dia tetiba pi bomoh jampi suruh korang cerai berai kang. Kang jadi masalah pulak tu. Satu lagi yang bahayanya, bila kita bergaduh atau bercerai-berai ngan pasangan kita, mula lah orang akan bertepuk tangan malah akan ada orang yang bagi bantuan lagi untuk cerai beraikan korang. Nauzubillah. Ni pendapat je. Yang baik ambik la. Yang tak baik tu buang jauh-jauh.


Buat yang rajin upload gambar jugak, hati-hati upload gambar tu. Mungkin gambar awak tu da tutup aurat elok-elok, tapi masalahnya orang sebelah awak tu pulak tak tutup aurat. Ha... masalah jugak tu. Kang tak pasal je kita duk tanggung dosa sebar gambar aurat orang lain. Hati-hati ye. Satu lagi yang selalu kita tak perasan ni. Gambar terselak lengan baju atau gambar sampai kaki. Kaki dan lengan perempuan tu pun aurat ye, kak. Hati-hati.. Kita tak tahu bila kita mati. Nanti kalau da mati, dosa tu tetap berjalan selagi mana orang melihat.

Untuk ayah-ayah, abang-abang dan adik-adik lelaki, beware.. Kang nanti kat akhirat nanti anda semua yang dipersoal. Kat dunia ni memang mereka melenting. Tegur sikit nak marah. Biarkan je. Yang penting amanah ayah-ayah, pakcik-pakcik dan abang-abang sekalian tu dijaga dengan baik. Kalau tidak, kerana dosa mereka, dengan anda-anda sekali kena seret masuk dalam api neraka. Nauzubillah.

Kita hidup tak lama. Bila-bila je boleh mati. Sekian dari saya. Mohon maaf jika ada keterlanjuran kata atau tersilap bicara. Assalamualaikum :)




Sunday 8 December 2013

Cinta, Salahkah?





Bismillah... Okey. Ni lagi satu tajuk yang agak sukar untuk dikupas. Tapi tulis jugak untuk muhasabah diri sendiri dan sahabat-sahabat. Kadang-kadang kita ni tok kaba ingat orang kelantan kata. hehe..  Entry ni tercipta mungkin sebab saya tengok benda ni da melampau-lampau terjadi di kalangan adik-adik dari peringkat sekolah rendah hinggalah tahap orang dewasa.

Memang tak dinafikan ada segelintir dari keluarga kita yang kononnya sporting, kasi anak-anak bercinta. (sporting ke?) Sampai tahap ada adik-adik yang mendabik dada kata, " tak pe la kak. Family saya restu saya bercinta dengan dia. Pelajaran saya pun excellent je. Walaupun saya bercinta, pelajaran saya tetap nombor satu... ". ALLAH... malang sungguh, adikku. Sungguh malang. Kita belajar la pandai mana sekalipun, tapi dalam dosa. Adakah itu berkat? Mungkin kita boleh kata macam tu sebab sekarang ni kita dapat kejayaan. Kita perlu tahu kejayaan tersebut bukan sebab rahmat ALLAH, tapi sebab ALLAH nak uji kita. 

Masih belum terlambat untuk kita berubah. Pedulikan apa orang kata. Yang penting ALLAH tahu apa yang ada dalam hati kita. Mungkin sekarang ni anda boleh kata, "tak pe la. Kami selalu jumpa. Tapi kami bukan buat apa-apa pun. Bual-bual je". Ye. Syaitan memang licik. Mula-mula dia akan cari jalan supaya kita nampak yang haram tu halal. Awal-awal semua bermula dengan "tak de apa-apa". Lepas tu, mula lah "ada apa-apa". Macam-macam yang terjadi lepas tu. Tahan la hatimu kerana ALLAH. Mungkin kita pernah terjebak dengan benda ni, tapi masih belum terlambat untuk kita pulang ke pangkal jalan. Mohon lah perlindungan dari ALLAH. Mohonlah keampunan dari ALLAH. 

Memang perempuan selalu kalah dalam soal hati. Mudah sangat nak cair. Janganlah macam tu. Kuatlah.. Jangan senang-senang kasi orang lain dapat hati kita. Susah nak jaga hati? Minta ALLAH jagakan :) Lagi susahkan tiba-tiba orang yang kita suka tu, suka balik kat kita? Kita ingat nak simpan dalam hati je perasaan tu. Tiba-tiba si dia pula luahkan perasaan suka kat kita. Senang je jawapannya.. "Istikharahlah. Kalau betul dia suka kamu, dan kamu suka dia, minta dia jumpa orang tua kamu. 

Saya ada sorang kakak senior waktu kat Maahad Muhammadi Perempuan dulu, saya suka cara dia jaga hati. ALLAH.. memang bagus lah. Dia memang tak layan la lelaki ni. Urusan pun memang sekadar urusan je. Dia selalu pesan, kalau kita solehah, ALLAH akan bagi yang soleh pada kita. Akhirnya, dia ditakdirkan dapat sorang ustaz yang sangat menjaga pergaulannya apatah lagi soal ibadah dan lain-lain. Sepanjang tempoh pertunangan dia pun, tak pernah sesekali dia contact dengan ustaz ni. Kalau ada urusan yang berkaitan dengan hari perkahwinan diorang pun, ada orang tengah yang tolong sampaikan. Alhamdulillah sampai sekarang bahagia. 

Berbeza dengan orang yang bercinta sebelum kahwin, sebab dah rasa macam-macam sebelum kahwin, dah hilang semua kemanisan yang sepatutnya mereka rasa waktu dah kahwin nanti. Lain sangat-sangat. Sebab ALLAH tu kan Adil. Tapi masih belum terlambat untuk kita berubah. Kalau kita sayang seseorang tu kerana ALLAH, kita takkan kacau hati dia, kita takkan jadi penyebab goyahnya iman dia, kita takkan bagi api neraka sentuh badan dia sebab perbuatan kita. Sebab, kita nak hidup dengan dia, bukan dekat dunia je. Tapi sampai syurga... Moga ALLAH redha.



Saturday 7 December 2013

Pendakwah poyo?



Memang tak dinafikan bila kita nak dakwah orang, akan ada orang yang kata macam-macam apatah lagi yang menentang. Jangan risau la. Rasulullah kena lagi teruk dari kita. Sampai tahap orang baling batu, baling tahi kat baginda. Tapi baginda tetap teruskan dakwah. Takkan kita kena sikit terus down?

Terutama bila kita baru nak jadi baik. Memang susah. Ada je yang rajin nak komplen macam-macam. Manusia memang macam tu. Jangan risau sahabat. Saya pun pernah alami apa yang kamu alami. Sampai kadang-kadang kita sendiri down. Bila kita nak buat baik, ada je yang ungkit-ungkit silap kita.

Pernah suatu ketika saya luah pada nenek saya. Nenek saya selalu pesan, "kita nak buat baik ni, buat kerana ALLAH. Jangan peduli orang nak kata apa. Yang penting jaga niat kita. Bukan nak menunjuk-nunjuk kita baik. Tapi kerana ALLAH. ALLAH kan tahu apa dalam hati kita. Buat apa kita nak kesah orang kata apa." Erm..normal la. Manusia memang suka cari silap orang. So, kita buat tak tahu je. TAPI.... kalau apa yang dia kata tu betul, kita perlu ambil sebagai peringatan untuk diri kita dan tak ulangi benda yang sama. Nenek selalu cakap, "mama awak dah tak de. Jadi sesiapa yang nasihat awak tu, awak perlu berterima kasih pada diorang. Sebab diorang sudi nak tegur dan nasihat awak bila awak buat salah." Ni banyak tulis pesanan nenek ni bukan apa.. Rindu sangat kat nenek. Dah sebulan lebih tak balik. Kelas sampai hari sabtu. Ahad je dapat cuti. Sedih-sedih :( Tahan je la..

Kadang-kadang dalam berdakwah, sebenarnya tu peringatan untuk diri sendiri. Orang tak tahu. Kita nampak je baik kat depan mata orang. Tu sebab ALLAH tutup aib kita. Kalau ALLAH bukan aib kita, mungkin kita lah yang paling hina. Kadang-kadang status kat facebook pun, sebenarnya peringatan untuk diri sendiri. Biasa la bila ada orang kata, "eleh... kau tu tulis je nasihat baik-baik, tapi kau bukan baik pun." Sabar-sabar.. normal la tu orang kritik. Tapi jangan la putus asa. Daripada kita tulis status merapu-rapu takde faedah langsung kat Islam. Sekurang-kurangnya, kita cuba untuk ajak orang kepada islam. Mungkin dalam 10 orang yang baca status tu, tiba-tiba tulisan kita tu berjaya sentuh hati seorang untuk berubah. Alhamdulillah. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.

Satu lagi, bila kita nak dakwah orang, kita jangan la ekstrem sangat. Semua benda haram. Pernah ada kawan sorang ni dia suka tengok wayang, dia tanya saya, "nadia, masuk wayang tu haram tak?" Haaa... masalah besar ni soalan ni.. Kang tersilap jawab kang mesti kena kritik. Saya jawab," wallahu'alam la haram ke tak. Ada ustaz kata haram. Ada ustaz kata tak haram." Dia tanya balik, " apa pendapat kau?" Saya jawab," erm.. kalau tanya pandangan aku, bagi aku tak salah kalau kau pergi tengok wayang tu dengan family atau dengan kawan-kawan perempuan. Pastu kau jaga waktu solat. Jangan p tengok wayang dengan pakwe pulak. Tu haram la.." Dia jawab, " okey la kalau macam tu aku boleh terima la. Tapi yang kita tak leh terima nya.. aku dulu ada masuk usrah. Pastu aku tanya kakak usrah aku ni. Boleh tengok wayang tak? dia jawab, haram walau apa cara sekalipun. aku tanya kalau ngan family pun tak boleh ke? dia jawab tetap haram. Sejak hari tu aku terus keluar usrah." Gulppp.... Pada pandangan saya kat sini, kita nak bagi pendapat tu tak salah. Cuma kita kenal orang yang kita nak dakwah tu macam mana.

Macam ada sorang ustaz ni kata, kita nak dakwah orang ni kena tengok orang tu jenis macam mana. kalau orang tu jenis keras, kena cakap kasar-kasar baru boleh berubah, kena buat cara dia la. Kalau orang tu jenis kena cakap lembut je dia dengar, jangan pergi cakap kasar-kasar pulak ngan dia. Silap-silap hari bulan, dia terus lari. Sebab tu penting untuk kita kenal seseorang tu macam mana sebelum dakwah. Kadang-kadang kita tak tahu sebab apa orang tu bertindak macam tu. Mungkin sebab kisah hidup dia yang kurang perhatian keluarga menjadi sebab dia buat suatu benda yang tak baik. Padahal sebenarnya dia nak kan perhatian. Nenek saya cakap,"tak de orang kat dalam dunia ni yang nak jadi jahat. Semua orang kalau boleh nak jadi orang baik. Sebab tu fitrah. Cuma kadang-kadang, sikap kita tu salah. Tu yang orang tak suka." Ada orang bertindak macam tu sebab dia tak dapat kawal diri dia. Kita sebagai kawan, kena tolong sahabat-sahabat kita. Kalau kita nampak kawan kita tu agak tersasar, tolong la bawa dia ke pangkal jalan. Jangan pula diumpatnya kawan kita tu. Lagi-lagi kita yang perempuan ni. Alahai.. susah betul nak kawal mulut tu. Cuba la.. cuba hindar penyakit ni. Ni tiket free nak masuk neraka tau. So,henti-hentikanlah segala jenis umpatan tu. Better tegur direct pada kawan kita tu. Kalau dia buat salah. Bagi saya better dia sakit hati dengan kita sekarang. Daripada dia tuntut kat akhirat nanti kita tak tegur silap dia.

Satu lagi penyakit kita ni, takut nak tegur silap, sebab nanti kang terasa. Boleh putus hubungan persaudaraan. Jangan risau la. Kalau kita tegur kerana ALLAH, mestilah ALLAH tolong kita. Tak percaya pada ALLAH ke? Nak tegur tu satu lagi nak pesan, jangan la pergi tegur depan-depan orang. Memang la silap. Tegur tu biar personal la. Baru orang boleh terima.  Haaa... yang kena tegur tu pulak, jangan la melenting. Dah buat silap tu, minta maaf la. Jangan ulang silap tu lagi. Sebenarnya teguran tu dari ALLAH. ALLAH ilhamkan dalam hati orang yang tegur kita tu supaya tolong tegur kita. Hebat kan? Sayangnya ALLAH pada kita...

Kenapa ALLAH larang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?



Bismillah. Sebenarnya rasa macam tak layak nak tulis entry macam ni. Tapi perlu jugak. Untuk muhasabah diri sendiri di samping memberi peringatan kepada yang lain.

Ramai antara kita yang tak mampu untuk jaga semua ni. Kadang-kadang, sampai tahap yang pakai tudung labuh. Yang berjubah berserban pun tak mampu untuk jaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Saya sendiri pun kadang-kadang tersasar dari nak menjaga betul-betul semua ni.

Sebab tu la pentingnya kita ada kawan-kawan yang baik. Mereka inilah yang selalu nasihat kita waktu kita lupa. Tu tak bermakna kita perlu "buang" semua kawan-kawan kita yang nakal. Tentulah tidak! Mereka tetap kawan kita. Tapi sebolehnya, biarlah kita sama-sama ubah diri kita kearah yang lebih baik. Ramai yang cakap kita yang tudung-tudung labuh ni, yang kopiah-kopiah ni semua kena bercampur dengan orang. Kena fikiran terbuka. Kena cuba dekati orang yang kita nak dakwah.

YES! Betul. Saya setuju mereka ni perlu untuk dekati golongan-golongan yang sedikit tersasar dari landasan sebenar. Tapi kita perlu tahu, mereka ni ada kelemahan juga. Dan hanya mereka sahaja yang tahu kekuatan diri mereka. Kita tak tahu kekuatan dalaman masing-masing. Sebab ada antara mereka yang kononnya nak dekati sahabat-sahabat yang nakal ni sehingga dia yang saya kenal seorang yang menjaga solat dan amal ibadahnya bertukar menjadi seorang yang jauh dengan ALLAH dan boleh meninggalkan solat dengan sewenang-wenangnya. Nauzubillah.

Kita sebagai manusia, tak perlu suruh dan kritik pendekatan yang sahabat-sahabat kita guna. Cuma, jika kita tahu, pendekatan yang dia guna itu boleh memudharatkan dirinya, dan boleh menyebabkan diri dia jauh dengan ALLAH, maka menjadi tanggungjawab kita untuk tegur. Moga ALLAH jaga kita.

Berbalik pada tajuk. Sebenarnya banyak sebab kenapa ALLAH tak bagi kita bercampur sangat antara lelaki dan perempuan. ALLAH sayang kita. ALLAH tahu yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang, sebagai orang perempuan, kita memang dianugerahkan sifat manja. Kita tak perasan waktu kita berurusan dengan sang adam, kita ter"manja" sedikit. Lelaki tak sama dengan kita. Mereka teruji dengan kita. Kita tak sedar kita dah jadi punca lemahnya iman lelaki. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi, mengigau ngigau wajah dan susuk tubuh kita disebabkan kemesraan yang kita bagi. Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa yang lalu.

Kita pula diuji dengan hati. Mudah sangat sangat perasan. Kadang-kadang, orang tak de ape-ape pun. Kita pula yang perasan orang suka kat kita. Nauzubillah. Orang perempuan pantang sangat bila orang lelaki ambil berat pada mereka. Hati mereka ni lembut sangat. Mudah sangat tersentuh. Orang lelaki tak yah la ambil berat sangat dekat orang perempuan. Cukup ala kadar je.

Tak salah pun kalau kita terpaksa buat kerja sekali. Terpaksa handle program sama-sama. Tapi andai dah usai program, cukuplah sampai situ. Tak perlu la dipanjang-panjangkan kepada benda lain. Sebab tu terjadinya macam-macam masalah. Konon tanya kabar. Ye, okey la nak tanya kabar. Tapi kadang-kadang kita sibuk tanya kabar orang lain sampai kita lupa nak tanya kabar ibu bapa sendiri. Adik beradik sendiri. Saudara mara sendiri. Muhasabah untuk diri saya juga.

Sampai suatu tahap kita dah bertunang. Jangan ingat tunang tu dah jadi milik kita. Kita sesedap rasa tak nak lepas dia pergi program-program agama, program-program dakwah dan sebagainya. Kalau macam tu gayanya memang masalah. Dalam tempoh pertunangan pun kita boleh tengok sejauh mana hubungan kita dengan ALLAH. Adakah kita lebih dekat dengan dia atau DIA? Pertunangan bukan suatu ikatan yang menyebabkan kita perlu taat pada tunang. Tiada istilah taat sebelum kahwin. Dan ia bukanlah suatu tiket untuk kita ke sana ke mari dengan tunang. Meskipun ibu atau ayah yang menyuruh kita keluar berduaan, itu tidak bermakna kita perlu taat. Kerana yang ketiganya tetap syaitan.

Moga ALLAH menjaga hatiku dan hatimu. Semoga dapat memberi manfaat buat umat islam.






Friday 6 December 2013

Keajaiban Solat Berjemaah

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yg disyariatkan dlm Islam.

Kajian itu mendapati tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif & cas negatif. Dlm aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dlm proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif & cas negatif yg menyebabkan ketidakseimbangan dlm tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dlm badan menyebabkan kita rasa letih & lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula utk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dgn solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah & mengapa solat lima waktu yg didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yg tidak sama?



Hasil kajian mendapati sentuhan yg berlaku antara tubuh kita dgn tubuh ahli jemaah lain yg berada di kiri & kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yg berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan manakala yg berkurangan akan ditarik ke dlm kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dlm tubuh kita.

Katanya setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar & sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif & negatif yg hampir seimbang.

´.•✿ Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas seharian kita bekerja kuat & memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak drpd tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

´.•✿ Solat berjemaah yg disyariatkan Islam berperanan utk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat utk memberi ruang yg lebih kpd proses pertukaran cas dlm tubuh.

Situasi yg sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yg banyak.

´.•✿ Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yg dikerjakan akan memberikan ruang kpd proses pertukaran cas dgn lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar & pulang drpd kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yg banyak menggunakan tenaga. Masa yg diperuntukkan pula tidak begitu lama.


´.•✿ Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dgn penggunaan tenaga yg kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yg mengandungi empat rakaat. Logiknya, pd waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti & sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yg banyak.

´.•✿ Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dlm Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pd sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dlm badan serta memberikan tenaga utk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yg lengkap & istimewa. Segala amalan & suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yg tersirat utk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri & betapa hebatnya Pencipta.

SubhanALLAH (✿◠‿◠)





Hukum menggunakan nada dering bacaan al Quran

Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :
“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :
إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-
a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

Sekian, wassalam.

Sumber: http://www.al-ahkam.net/




Allah nak ajar erti "redha".




Saya ditempatkan di Maahad Muhammadi Perempuan setelah masuk tingkatan 1. Satu hari, mak cik datang ke sekolah saya dan bagitahu mama masuk CCU. ALLAH.. saya terkejut sangat. Saya pesan pada sahabat saya supaya tolong bawa balik semua buku saya ke asrama. Dengan berpakaian seragam sekolah, saya terus masuk ke dalam kereta mak cik. Dari kelantan, kami terus bertolak ke Kuantan. Dalam perjalanan saya hanya mampu berdoa supaya mama sembuh. Tu je yang saya minta dengan Allah. Saya sayang mama sangat.. Selepas 5 jam akhirnya saya sampai di rumah.

Saya pelik sebab mak cik cakap mama masuk CCU. Tapi kenapa rumah saya ramai orang? Saya tengok banyak kereta saudara mara saya di depan rumah. Dan saya tengok kat depan rumah saya jugak ada van jenazah. Saya pelik sangat.

Saya masuk dalam rumah. Saya jumpa dengan kawan-kawan mama dan jiran-jiran saya. Ada yang tanya.. "ni ke anak sulong arwah?" Arwah??? Sebelum masuk ke ruang tamu, saya jumpa adik bongsu saya. Ketika tu dia baru berusia 5 tahun. Dia cakap.. "kak ya, mama dah mati.." Allah.. saya cakap.. "adik, tak baik cakap macam tu. Mama kan sakit je..." Pastu adik jawab.. "tak..mama dah mati.."

Saya masuk ke ruang tamu dan saya nampak tilam dan bantal je. Saya jumpa kawan-kawan lama saya. Semua datang dan peluk saya cakap, "takziah, nadia".

Saya jumpa mak su saya. Saya tanya,"mana mama??" Mak su saya jawab, "mama ada. Kat dalam bilik." Saya terus meluru masuk ke dalam bilik.. dan saya jumpa nenek saya. Nenek saya peluk saya.. Nenek saya cakap.. "nadia, anak solehah kan? Sabar.." nenek pun bawa saya ke katil. Saya tengok satu jasad terbujur kaku.. waktu tu nenek bukakan kain penutup muka jenazah mama.

Masa tu.. Allah..... Allah je yang tahu. Saya jerit nama mama sekuat hati.. "mama! Kenapa mama tinggal saya?? Kenapa mama tak tunggu saya balik dulu sebelum mama pergi? Kenapa mama pergi dulu.. mama tak sayang saya ke? Saya nak cakap ngan mama sebelum mama pergi..Mama.."
Saya peluk nenek saya erat-erat. Nenek cakap, "sabar.. Allah lebih sayangkan mama.."

Allah.... saya rindu dia.. saya rindu sangat-sangat.. 4 may 2013 genap 8 tahun mama pergi. Kenangan bersama mama masih terpahat dalam hatiku. Tolong doakan moga aku dan adik-adikku bisa menjadi pendinding api neraka untuk mama.. sayang mama sangat.. rindu mama sangat-sangat.. al fatihah untuk mama sayang. Moga kau tenang di sana....