Monday 23 December 2013

Insan yang ku sayang selepas Allah dan Rasulullah.

Semua orang mesti ada orang yang dia sayang. Ya, semestinya kita akan sayang mama dan abah selepas ALLAH dan Rasulullah :) Macam tu juga saya. Tapi, selain dari mereka berdua, orang yang saya amat kagumi dan paling dekat dengan saya ialah nenek saya. Orang yang paling banyak bagi semangat untuk saya. Saya sayang sangat nenek saya.

Selepas mama meninggal, nenek lah yang paling banyak bagi semangat untuk saya dalam segala hal. Nenek selalu pesan suruh doa untuk mama. Suruh solat awal-awal. Suruh banyak-banyak baca quran. Suruh rajin-rajin solat malam. Suka dapat tarbiyyah dari nenek. Yang paling saya kagum dengan nenek, dia tak suka mengumpat orang. Susah sangat-sangat. Suka terdidik dalam suasana yang macam ni.

Tapi bila kita bercampur dengan orang lain, kita akan jumpa macam-macam jenis orang. Dekat sinilah selalu bagi masalah kepada diri sendiri. Sebab tak biasa dengan suasana mengumpat. ALLAH...susah sangat nak cari suasana yang tak  de langsung suasana mengumpat. Susah nak lari dari tu. Kadang semua ni tak terkecuali dengan para pendakwah. Bagi saya yang hina ni, tak salah untuk kita discuss macam mana nak handle mad'u tu. Contoh, "macam mana eh, aku ada sorang classmate ni, dia ni suka sangat lewat-lewatkan solat." Okey, kalau macam tu mungkin boleh diterima sebab kita tak dikira mengumpat orang tu. Tapi kalau siap sebut nama tu, jadi mengumpat la. Nauzubillah. Moga dijauhkan dari menjadi manusia pengumpat.

Ya, sebab tu suka duduk-duduk dengan nenek. Rasa tenang je hati. Nenek seorang yang sangat tabah dan penyabar. Saya ingat waktu arwah atuk meninggal. Waktu jenazah atuk baru sampai dari hospital, saya peluk nenek saya. Nenek saya senyum. Nenek saya cakap,"jangan nangis. Wan tak tenang kat sana nanti. Kalau sayang kat wan, doa banyak-banyak untuk wan. Baca quran sedekah untuk wan." Allah... tabahnya hati nenek. Everyday nenek buktikan cinta dan sayang nenek pada atuk. Everyday nenek akan baca quran sedekah untuk atuk. Kalau ada orang minta sedekah, mesti nenek akan kasi. Nenek mesti akan sebut, " moga pahala ni sampai untuk atuk." ALLAH... mulia sungguh hati nenek.

Nenek tak pernah sakit hati dengan orang lain. Selalu memaafkan orang. Sama ngan atuk. Sampai orang curi kambing, curi lembu, tak bayar sewa rumah pun, masih boleh halalkan. Nenek susah sangat nak buruk sangka dengan orang. Nenek selalu pesan, "tak yah buruk sangka. Baik sangka je dengan semua orang. Baru hati kita tenang. Kalau dia buat tak baik, ALLAH ada. ALLAH tahu mana betul dan mana salah."

Susah nak laksanakan pesan nenek. Moga ALLAH bagi kekuatan untuk laksanakan semua pesan tersebut. Moga ALLAH panjangkan umur nenek. Sayang nenek sampai syurga...



1 comment:

  1. Subhanallah..:) semoga kalian sentiasa berada di lindunganNya..in shaa Allah..:)

    ReplyDelete