Saturday 7 December 2013

Pendakwah poyo?



Memang tak dinafikan bila kita nak dakwah orang, akan ada orang yang kata macam-macam apatah lagi yang menentang. Jangan risau la. Rasulullah kena lagi teruk dari kita. Sampai tahap orang baling batu, baling tahi kat baginda. Tapi baginda tetap teruskan dakwah. Takkan kita kena sikit terus down?

Terutama bila kita baru nak jadi baik. Memang susah. Ada je yang rajin nak komplen macam-macam. Manusia memang macam tu. Jangan risau sahabat. Saya pun pernah alami apa yang kamu alami. Sampai kadang-kadang kita sendiri down. Bila kita nak buat baik, ada je yang ungkit-ungkit silap kita.

Pernah suatu ketika saya luah pada nenek saya. Nenek saya selalu pesan, "kita nak buat baik ni, buat kerana ALLAH. Jangan peduli orang nak kata apa. Yang penting jaga niat kita. Bukan nak menunjuk-nunjuk kita baik. Tapi kerana ALLAH. ALLAH kan tahu apa dalam hati kita. Buat apa kita nak kesah orang kata apa." Erm..normal la. Manusia memang suka cari silap orang. So, kita buat tak tahu je. TAPI.... kalau apa yang dia kata tu betul, kita perlu ambil sebagai peringatan untuk diri kita dan tak ulangi benda yang sama. Nenek selalu cakap, "mama awak dah tak de. Jadi sesiapa yang nasihat awak tu, awak perlu berterima kasih pada diorang. Sebab diorang sudi nak tegur dan nasihat awak bila awak buat salah." Ni banyak tulis pesanan nenek ni bukan apa.. Rindu sangat kat nenek. Dah sebulan lebih tak balik. Kelas sampai hari sabtu. Ahad je dapat cuti. Sedih-sedih :( Tahan je la..

Kadang-kadang dalam berdakwah, sebenarnya tu peringatan untuk diri sendiri. Orang tak tahu. Kita nampak je baik kat depan mata orang. Tu sebab ALLAH tutup aib kita. Kalau ALLAH bukan aib kita, mungkin kita lah yang paling hina. Kadang-kadang status kat facebook pun, sebenarnya peringatan untuk diri sendiri. Biasa la bila ada orang kata, "eleh... kau tu tulis je nasihat baik-baik, tapi kau bukan baik pun." Sabar-sabar.. normal la tu orang kritik. Tapi jangan la putus asa. Daripada kita tulis status merapu-rapu takde faedah langsung kat Islam. Sekurang-kurangnya, kita cuba untuk ajak orang kepada islam. Mungkin dalam 10 orang yang baca status tu, tiba-tiba tulisan kita tu berjaya sentuh hati seorang untuk berubah. Alhamdulillah. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.

Satu lagi, bila kita nak dakwah orang, kita jangan la ekstrem sangat. Semua benda haram. Pernah ada kawan sorang ni dia suka tengok wayang, dia tanya saya, "nadia, masuk wayang tu haram tak?" Haaa... masalah besar ni soalan ni.. Kang tersilap jawab kang mesti kena kritik. Saya jawab," wallahu'alam la haram ke tak. Ada ustaz kata haram. Ada ustaz kata tak haram." Dia tanya balik, " apa pendapat kau?" Saya jawab," erm.. kalau tanya pandangan aku, bagi aku tak salah kalau kau pergi tengok wayang tu dengan family atau dengan kawan-kawan perempuan. Pastu kau jaga waktu solat. Jangan p tengok wayang dengan pakwe pulak. Tu haram la.." Dia jawab, " okey la kalau macam tu aku boleh terima la. Tapi yang kita tak leh terima nya.. aku dulu ada masuk usrah. Pastu aku tanya kakak usrah aku ni. Boleh tengok wayang tak? dia jawab, haram walau apa cara sekalipun. aku tanya kalau ngan family pun tak boleh ke? dia jawab tetap haram. Sejak hari tu aku terus keluar usrah." Gulppp.... Pada pandangan saya kat sini, kita nak bagi pendapat tu tak salah. Cuma kita kenal orang yang kita nak dakwah tu macam mana.

Macam ada sorang ustaz ni kata, kita nak dakwah orang ni kena tengok orang tu jenis macam mana. kalau orang tu jenis keras, kena cakap kasar-kasar baru boleh berubah, kena buat cara dia la. Kalau orang tu jenis kena cakap lembut je dia dengar, jangan pergi cakap kasar-kasar pulak ngan dia. Silap-silap hari bulan, dia terus lari. Sebab tu penting untuk kita kenal seseorang tu macam mana sebelum dakwah. Kadang-kadang kita tak tahu sebab apa orang tu bertindak macam tu. Mungkin sebab kisah hidup dia yang kurang perhatian keluarga menjadi sebab dia buat suatu benda yang tak baik. Padahal sebenarnya dia nak kan perhatian. Nenek saya cakap,"tak de orang kat dalam dunia ni yang nak jadi jahat. Semua orang kalau boleh nak jadi orang baik. Sebab tu fitrah. Cuma kadang-kadang, sikap kita tu salah. Tu yang orang tak suka." Ada orang bertindak macam tu sebab dia tak dapat kawal diri dia. Kita sebagai kawan, kena tolong sahabat-sahabat kita. Kalau kita nampak kawan kita tu agak tersasar, tolong la bawa dia ke pangkal jalan. Jangan pula diumpatnya kawan kita tu. Lagi-lagi kita yang perempuan ni. Alahai.. susah betul nak kawal mulut tu. Cuba la.. cuba hindar penyakit ni. Ni tiket free nak masuk neraka tau. So,henti-hentikanlah segala jenis umpatan tu. Better tegur direct pada kawan kita tu. Kalau dia buat salah. Bagi saya better dia sakit hati dengan kita sekarang. Daripada dia tuntut kat akhirat nanti kita tak tegur silap dia.

Satu lagi penyakit kita ni, takut nak tegur silap, sebab nanti kang terasa. Boleh putus hubungan persaudaraan. Jangan risau la. Kalau kita tegur kerana ALLAH, mestilah ALLAH tolong kita. Tak percaya pada ALLAH ke? Nak tegur tu satu lagi nak pesan, jangan la pergi tegur depan-depan orang. Memang la silap. Tegur tu biar personal la. Baru orang boleh terima.  Haaa... yang kena tegur tu pulak, jangan la melenting. Dah buat silap tu, minta maaf la. Jangan ulang silap tu lagi. Sebenarnya teguran tu dari ALLAH. ALLAH ilhamkan dalam hati orang yang tegur kita tu supaya tolong tegur kita. Hebat kan? Sayangnya ALLAH pada kita...

3 comments:

  1. dakwah secara berhikmah bukan bermakna berlembut tp bijaksana. bg saya, kalau sekalipun kite terpakse duduk tepi longkang, apa salahnye. dgr msalah diorang, dan bg nasihat yg dia boleh terima. perlahan lahan tak boleh skaliarung. dakwah tak smestinya kene kluar hukum kan. wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Syukran atas perkongsian nie. Gaya bahasa yang santai, rasa macam baca diari orang (syok kan?) hehe .. kekadang dalam berdakwah nie, sebenarnya Allah nak kita dakwah diri kita ...

    salam ingatan dr NB ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan :) betul. kita sampaikan pada orang sebenarnya itu pun untuk diri kita jua :)

      Delete