Monday 6 January 2014

Suatu saat aku terjatuh...




Saya sering dikelilingi orang yang baik-baik. Kadang-kadang rasa macam tak layak je. Duduk dengan mereka membuatkan diri saya rasa kecil sangat di hadapan ALLAH. Nak dibandingkan saya dengan mereka, jauh panggang dari api. Bermula dengan arwah mama, nenek, arwah atuk,mak cik dan sahabat-sahabat.

Ada seorang sahabat yang tanya saya, kenapa saya selalu nampak happy je. Macam takde masalah. Saya hanya mampu tersenyum. Saya cakap dengan dia, "ALLAH je yang tahu apa aku rasa." Selepas mama, atuk dan sahabat yang rapat dengan saya pergi menghadap ilahi, memang saya akui saya lebih suka bersendiri. Tapi semua nya bersebab. Terutama bila makan. Memang saya selalu makan seorang. Sebab saya suka tengok orang sekeliling saya. Saya suka tengok orang yang makan dengan keluarga. Saya suka tengok orang yang makan dengan kawan-kawan. Saya suka tengok orang yang gembira dan bergelak ketawa. Sebab semua tu saya pernah rasa suatu ketika dulu. Namun, tidak dapat dimiliki semua itu kini. 

Selepas atuk saya meninggal, sungguh saya katakan memang semangat sangat runtuh. Bukan sedikit tapi banyak. Teramat banyak. Sampai suatu saat, makcik saya cakap, "tolong lah kuat. Ingat, sampai bila nak macam ni. Diorang tak kan kembali pun kalau awak terus terusan macam ni. Diorang tengok awak dari jauh. Awak memang tak nampak diorang tapi diorang nampak awak. " 

Saya tahu keadaan saya teruk sangat waktu tu. Kebetulan atuk meninggal sebulan sebelum saya final exam. Waktu tu saya dah down sangat. Saya memang tak pergi kelas sampai study week. Lecturer cari. Mujur kawan-kawan faham. Mereka tolong explain pada lecturer dan lecturer pun faham. Lecturer selalu hantar sms bagi kata-kata semangat. ALLAH.. Ada suatu masa tu saya memang tak larat sangat-sangat. Makan pun menangis, tidur pun dengan air mata. Pastu saya pergi jumpa doktor, doktor pula kasi ubat tidur. Dia kata saya depressed sangat. Kena berehat. Saya pun makan la ubat tu. Ubat tu sepatutnya makan sebiji je. Pastu saya p makan 2biji. Pengsan la lepas tu. Lama juga. Lepas dah bangun tu, bingung-bingung je kepala. Pastu bisikan syaitan membuak-buak suruh bunuh diri. ALLAH... waktu tu 80 percent dari otak saya fikir nak bunuh diri. 

Lepas tu terlintas suatu bisikan, "kalau kau bunuh diri, kompem masuk neraka. Nanti kompem tak dapat jumpa dah orang yang kau sayang. nanti kesian adik-adik kau. kau tak sayang ke adik-adik kau?" Lepas tu saya tersedar. Cepat-cepat saya mengucap dan terus berwuduk lalu solat. Lepas solat, doa dengan ALLAH supaya ALLAH bagi petunjuk. 

Keesokannya, saya pergi jumpa kaunselor. Kaunselor tu cakap, kenapa terfikir nak bunuh diri. Tak sayang ke dekat keluarga . Saya cakap saya dah tak de tujuan hidup. Saya tak tahu kenapa saya perlu hidup. Kalau saya berjaya pun, bukan saya boleh hadiahkan kejayaan tu untuk mama saya. Mama saya dah takde. Lepas tu kaunselor tu cakap, "betul ke tak boleh hadiahkan? mama awak tengok awak dari jauh tau. Kalau awak berjaya mesti dia suka. Belajar elok-elok untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain."


Lepas tu, suatu hari, saya pergi dengar kuliah. Ustaz tu cakap, "Rasulullah diuji sangat teruk. ALLAH ambil ayah baginda sebelum baginda sempat lahir. Umur 5 tahun, ALLAH ambil pula ibu baginda. Dah besar sikit, ALLAH ambil pula datuk baginda. Bila dah kahwin, ALLAH ambil pula isteri dan bapa saudara baginda. Sebab apa? Sebab ALLAH nak baginda terus menerus bergantung kepada Dia. Tak bergantung pada manusia.Walaupun diuji macam tu Rasulullah tetap teruskan dakwah. Sebab nak islam tu sampai pada kita." Allah.. Masa tu menitis airmata. Dalam hati kata,"aku ni ALLAH ambil kawan, mama dan atuk. Rasulullah tu ALLAH ambil habis semua orang terdekat. Aku ni ada lagi ayah, nenek dan makcik yang sentiasa support aku. Lepas tu saya cuba untuk kuat. Memang jatuh tersungkur banyak kali tapi saya cuba dan terus cuba untuk bangun. Tolong doa untuk saya ye. Saya kuat sebab ALLAH yang bagi kekuatan. Saya perlu doa dari semua orang untuk terus kuat.

Bila kita berdoa untuk kuat, ALLAH hadirkan ujian sebab ujian itulah sebenarnya yang menjadikan kita seorang yang kuat. Bila kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana ALLAH. 

Apa yang saya tulis sebenarnya untuk diri saya. Untuk motivasi diri sendiri. Sebab ilham yang baik tu datang dari ALLAH. Yang baik, ambillah sebagai iktibar, yang buruk mohon ditegur kerana ia kelemahan diri saya.

Nadia Thaherah Ezlan
4 Rabiul Awwal 1435

2 comments:

  1. Nikmat yang paling manis dan tersembunyi adalah SABARmu dalam menghadapinya dengan redha..

    ReplyDelete
  2. awak mempunyai kisah hidup seperti saya....diuji kehilangan dan kehilangan insan yang kita sayang.doakan saya juga bolen menjadi setabah awak dan makin dekat dengan Nya. :'( mahu ambil sedikit coretan dari ustaz awak ya..mengenai rasulullah :-) semoga terus bertabah ye sayang :-) aamiin..semoga Allah redha.

    ReplyDelete