Saturday 7 December 2013

Kenapa ALLAH larang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?



Bismillah. Sebenarnya rasa macam tak layak nak tulis entry macam ni. Tapi perlu jugak. Untuk muhasabah diri sendiri di samping memberi peringatan kepada yang lain.

Ramai antara kita yang tak mampu untuk jaga semua ni. Kadang-kadang, sampai tahap yang pakai tudung labuh. Yang berjubah berserban pun tak mampu untuk jaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Saya sendiri pun kadang-kadang tersasar dari nak menjaga betul-betul semua ni.

Sebab tu la pentingnya kita ada kawan-kawan yang baik. Mereka inilah yang selalu nasihat kita waktu kita lupa. Tu tak bermakna kita perlu "buang" semua kawan-kawan kita yang nakal. Tentulah tidak! Mereka tetap kawan kita. Tapi sebolehnya, biarlah kita sama-sama ubah diri kita kearah yang lebih baik. Ramai yang cakap kita yang tudung-tudung labuh ni, yang kopiah-kopiah ni semua kena bercampur dengan orang. Kena fikiran terbuka. Kena cuba dekati orang yang kita nak dakwah.

YES! Betul. Saya setuju mereka ni perlu untuk dekati golongan-golongan yang sedikit tersasar dari landasan sebenar. Tapi kita perlu tahu, mereka ni ada kelemahan juga. Dan hanya mereka sahaja yang tahu kekuatan diri mereka. Kita tak tahu kekuatan dalaman masing-masing. Sebab ada antara mereka yang kononnya nak dekati sahabat-sahabat yang nakal ni sehingga dia yang saya kenal seorang yang menjaga solat dan amal ibadahnya bertukar menjadi seorang yang jauh dengan ALLAH dan boleh meninggalkan solat dengan sewenang-wenangnya. Nauzubillah.

Kita sebagai manusia, tak perlu suruh dan kritik pendekatan yang sahabat-sahabat kita guna. Cuma, jika kita tahu, pendekatan yang dia guna itu boleh memudharatkan dirinya, dan boleh menyebabkan diri dia jauh dengan ALLAH, maka menjadi tanggungjawab kita untuk tegur. Moga ALLAH jaga kita.

Berbalik pada tajuk. Sebenarnya banyak sebab kenapa ALLAH tak bagi kita bercampur sangat antara lelaki dan perempuan. ALLAH sayang kita. ALLAH tahu yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang, sebagai orang perempuan, kita memang dianugerahkan sifat manja. Kita tak perasan waktu kita berurusan dengan sang adam, kita ter"manja" sedikit. Lelaki tak sama dengan kita. Mereka teruji dengan kita. Kita tak sedar kita dah jadi punca lemahnya iman lelaki. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi, mengigau ngigau wajah dan susuk tubuh kita disebabkan kemesraan yang kita bagi. Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa yang lalu.

Kita pula diuji dengan hati. Mudah sangat sangat perasan. Kadang-kadang, orang tak de ape-ape pun. Kita pula yang perasan orang suka kat kita. Nauzubillah. Orang perempuan pantang sangat bila orang lelaki ambil berat pada mereka. Hati mereka ni lembut sangat. Mudah sangat tersentuh. Orang lelaki tak yah la ambil berat sangat dekat orang perempuan. Cukup ala kadar je.

Tak salah pun kalau kita terpaksa buat kerja sekali. Terpaksa handle program sama-sama. Tapi andai dah usai program, cukuplah sampai situ. Tak perlu la dipanjang-panjangkan kepada benda lain. Sebab tu terjadinya macam-macam masalah. Konon tanya kabar. Ye, okey la nak tanya kabar. Tapi kadang-kadang kita sibuk tanya kabar orang lain sampai kita lupa nak tanya kabar ibu bapa sendiri. Adik beradik sendiri. Saudara mara sendiri. Muhasabah untuk diri saya juga.

Sampai suatu tahap kita dah bertunang. Jangan ingat tunang tu dah jadi milik kita. Kita sesedap rasa tak nak lepas dia pergi program-program agama, program-program dakwah dan sebagainya. Kalau macam tu gayanya memang masalah. Dalam tempoh pertunangan pun kita boleh tengok sejauh mana hubungan kita dengan ALLAH. Adakah kita lebih dekat dengan dia atau DIA? Pertunangan bukan suatu ikatan yang menyebabkan kita perlu taat pada tunang. Tiada istilah taat sebelum kahwin. Dan ia bukanlah suatu tiket untuk kita ke sana ke mari dengan tunang. Meskipun ibu atau ayah yang menyuruh kita keluar berduaan, itu tidak bermakna kita perlu taat. Kerana yang ketiganya tetap syaitan.

Moga ALLAH menjaga hatiku dan hatimu. Semoga dapat memberi manfaat buat umat islam.






4 comments: